Saturday, March 24, 2012

Renungan semula kisah keingkaran iblis laknatullah terhadap perintah Allah swt mengikut konteks akhir zaman ini.
Umum sedia maklum tentang kisah ini. Ia dipelajari di sekolah atau pusat-pusat pendidikandan diceritakan semula oleh ibubapa kepada anak-anak mereka. Apa sebenarnya yang kitatelahpelajari, fahami dan bolehkah kita mengaitkanya dengan kerosakan yang berlakudewasaini.5 mesej telah di hantar oleh iblis laknatullah alaih melalui keingkaran ini.

Pertama: Tidak redho dengan perintahAllah sw t
Kedua : Cuba memaksa Allah swtmengikut kehendaknya.
Ketiga : Menyatakan ia lebih bijak atau lebih tahu dari Allah swt.
Keempat : Meletakkan syarat bila berurusan dengan Allah swt
Kelima : Iblis terlaknat bukan sebab syirik pada Allah swt tapi..

Mari kita lihat satu persatu mesej ini semoga kita dapat mengaitkannya dengan kehidupan kita sekarang.


MESEJ PERTAMA ialah redho iaitu makam yang Allah swt telah kurniakan kepada para sahabat Nabi saw.Mereka redho pada Nya dan Allah swt juga redho pada mereka. Iblis tidak redho kerana ujub pada diri namun iblis tidak mempersoalkanitu perintahAllah cuma mempersoalkan kenapa Adam a.s yang di pilih. Dalam konteks sekarang, ramai orang islam sudah tidak meredhoi dengan perintah Allah swtdalam bab akidah, solat, aurat, perkahwinan, cerai, rujuk dan faraid, perbankan, pemerintahan dan sistem pembelajaran. Bila mereka tidakredho pada Allah swtdan ketetapanNya, mereka akan mencari kaedah@alasanlain namun mereka tidak menafikan Allah swtialah Tuhan mereka cuma tak mampu nak terima ketetapan@perintahAllah swt.

MESEJ KEDUA ialah kesinambungan dari kisah mesej pertama. Setelah iblis memberi alasansebab ia tidak mahu sujud pada Adam as, secara automatikia mahu memaksa Allah menerima alasan@kaedahnya. Samalah dengan apa yang berlaku dewasa ini, apabila orang islam tidak mahu mentaati Nya,bayar zakat, puasa, solat, menutup aurat, muamalat dan tadbirurus negara dan banyak lagi, kita telah memaksaALLAh supaya menerima kaedah@cara@alasan kita namun tidak menafikan Allah swt ialah Tuhan.

MESEJ KETIGA terus bersambung dari mesej kedua. Si iblis dengan kedudukannya ketika itu iaitu ketua bagi semua malaikat telah memberi alasan@kaedahnyaadalah wajar diterima dan seolah-olah menyatakan ia lebih bijak dan lebih tahu dari Allah swt. Dewasa inikita dengan ilmu dan kebijaksanaan telah menggunakan alasan@kaedah kita dalam hampir semua muamalat dalam membina sesebuah negara, masyarakat, ekonomi dan sosial dan juga menggunakan alasan@kaedah kita dalam menyelesaikan masalah sosial dan agama.

MESEJ KEEMPAT ialah si iblis mula meletakkan syarat dalam konteks permasalahan ini. Ia mahu bertaubat namun meletakkan syarat pada Allah swt supaya kalau boleh ia tidak perlu sujud pada Nabi Adam a.s. Begitulah kita akhir zaman ini selalu meletakkan syarat dalam doa kita seperti jika kaya akan bersedekah, jika negara makmur akan buat kebajikan, jika jawatan kekal akan bersyukur dengan jawatan itu tapi bukan bersyukur dengan Allah swt,Jika berdoa nak jodoh nak yang begitu dan begini, jika sembuh penyakitakanbertaubat,jika mati dan diberi peluang hidup kembali akan sujud pada Allah swt dan pelbagai lagi. Dalam konteks hubungan seorang hamba dan Tuhannya, si hamba tidak boleh meletakkan syarat.

MESEJ KELIMA ialah suatu kepastian yang si iblis dilaknat, disingkir dan dijamin neraka bukan sebab mensyirikkan atau menyatakan ada Tuhan selain Allah swt. Setulusnya kita tidak sedar bahawa apabilayang pertama (1) iblis tidak redho dengan ketetapan Allah swt,yang kedua (2)iblis cuba memaksa Allah swt menerima alasan@caranya iaitumerasakan dengan ketaatan, amal dan ilmunya ia merasakansudah atau lebih bijak, lebih tahudari Allah swtdan juga meletakkan syaratdenganAllah swt.Iblis laknatullahtelah enyamakan@mempersukutukan ilmunya dengan ilmu Allah swt . Inilah syirik versi iblis yang sebenar dan kini banyak juga yang telah terjatuh kedalamnya tanpa sedar.Kita merasakan dengan tidak keluar dari Islam, tidak menyembah Tuhan lain selain dari Allah swt, tiada patung@berhaladalam rumah, tidak pergi ke kuil boleh mengelak dari syirik.Inilah juga 5 syirik versi iblis dan ramai telah mengamalkannya dan ramai juga tak mampu menghindarinya bahkan ramai lagi tidak tahu mengenainya. Iblis laknatullah ke neraka oleh kerana syirik versi ini.
Marilah kita renungkan juga kisahini sebagai suatu perbandingan dan buat suatu ketetapan.Allah swt telah memberi perintah kepada iblis dan iblis dengan tarafnya ketika itu telah ingkar dan derhaka. Berbeza pula kisah Nabi Muhammad saw ketika israk mikraj dan menerima perintah solat dari Allah swt. Walaupun 50 waktu solat diterima pada asalnya namun dengan penuh taat dan tawadhuk Nabi saw menerimanya.Kita pun tahu setelah diberi nasihat oleh Nabi-Nabi lain maka Nabi Muhammad saw dengan malunya memohon dikurangkan. Jadi, tahukan perbezaan tentang 2 kisah ini.