Saturday, January 7, 2012


Kita sebagai orang ISLAM haruslah bermaaf-maafan.Memaakkan orang lain adalah perkara yang sangat baik dan perkara yang boleh mengeratkan tali silaturrahim.Kalau ALLAH boleh mengampun kan kita kenapa kawan-kawan tidak boleh memaafkan orang lain.Berat sangat ke kesalahan dia.Cuba kawan-kawan fikirkan baik-baik.

Sebenarnya kuasa ALLAH tiada bandingannya.Dialah maha kuat,maha satu,maha mengampun,maha melihat,maha mendengar,maha berkuasa dan dialah tuhan kita yang sebenar.Sebenarnya dialah yang menciptakan kita dan menghidupkan kita.Kita haruslah patuhi arahannya.

Friday, January 6, 2012


Cuba kawan-kawan lihat gambar ini betul-betul.Yang mana satu kawan kawan nak sambut.Nak sambut Valetine's Day's sempena kasihkan buah hati  ATAU Maulidur Rasul sempena kasihkan nabi.Cuba kawan-kawan fikirkan betul-betul.Jawapanya ialah menyambut Maulidur Rasul sempena kasihkan nabi.

Cuba kawan-kawan fikirkan siapa yang memberi rezeki kepada kita.Cuba fikirkan betul-betul samaada kita dapat sendiri atau ALLAH yang memberinya.Jawapanya ialah tuhan kita iaitu ALLAH tak kiralah sedikit atau banyak .Kawan-kawan haruslah bersyukur kepada dan menurut perintahnya.
pertolongan Allah sangat dekat

Sebenarnya kawan-kawan tidak tahu sebenarnya pertolongan ALLAH itu memang sangat dekat dan banyak.Cuba kawan-kawan fikirkan apa yang ditolong oleh ALLAH.Contoh pertolongan ALLAH,memberi rezeki kepada kita semua,memberikan nyawa kepada kita,memberi kelengkapan di badan kita dan banyak lagi.